Tuesday 12 July 2011

SUBURKAN KASIH SAYANG


Dimanakah nilai kemanusiaan?????
Assalamualaikum Kepada Semua Pembaca
Semoga para pembaca blog iniberada dalam keadaan sihat walafiat dengan rahmah dan limpahan kasih sayang dari Yang Maha Esa.
               
            Apabila melihat gambar-gambar bayi yang dibuang, membaca kisah anak-anak yang didera dan dibunuh di dalam surat khabar atau telivisyen, apakah perasaan anda semua? Pastinya kita berasa kasihan, sedih dan pelbagai lagi perasaan bercampur-baur. Ini kerana kerana secara fitrahnya kita dijadikan Allah dengan perasaan kasih dan sayang. Kasih dan sayang ini berhubung kait dengan fitrah hati. Ia umpama tali yang mengikat hati-hati manusia. Apabila wujudnya kasih sayang ,maka lahirlah perasaan kemesraan dan apabila wujudnya kemesraan maka terbitlah kesejahteraan dalam hidup.

                 Namun, kenapa berlakunya kes-kes sedemikian? Ini adalah kerana perasaan kasih sayang semakin terhakis dalam diri manusia. Masyarakat semakin jauh daripada mengikuti perintah Allah. Malah,lupa menjadikan Islam  sebagai satu cara hidup.
                  Oleh itu, marilah kita sama-sama kita jadikan Islam sebagai satu panduan dalam kehidupan. Solat jemaah kita jadikan amalan,ikut perintah Allah dan jauhkan larangan-Nya. Suburkan kasih sayang antara kita. Bahkan haiwan pun Allah tuntut supaya kita kasih dan sayang. Moga permulaan ini akan memartabatkan kembali nilai kemanusiaan.
Bayi yang tidak berdosa
                  Sabda Rasullah SAW : Sesungguhnya sekuat-kuat ikatan iman itu ialah kasih sayang kamu kerana Allah dan benci kamu kerana Allah. Didiklah anak-anak kita. Semua bermula dari didikan kita. Didiklah anak dan bukannya menternak mereka.Mereka adalah aset kita di dunia dan di akhirat. Itu pelaburan kita.

Al Fatihah

Dokumen Standard KSSR Bahasa Inggeris

Dokumen Standard KSSR Bahasa Inggeris
Yearly Scheme Of work Yr 1 Bahasa Inggeris